
Anda pernah terfikir tak bagaimana coffee shop kegemaran anda atau bengkel kereta yang selalu anda hantar servis tu sentiasa muncul di bahagian atas carian Google atau Google Maps? Rahsianya mudah sahaja: mereka menggunakan Google My Business (kini dikenali sebagai Google Business Profile).
Jika anda memiliki perniagaan, tidak kiralah anda mempunyai kedai fizikal atau beroperasi secara online, anda wajib mendaftar Google Business Profile. Mari kita lihat apakah kelebihan mendaftar perniagaan anda di Google dan langkah-langkah mudah untuk melakukannya.
☑️Kenapa Anda Perlu Guna Google Business Profile? (Kelebihan & Kebaikan)
Sebelum kita belajar cara mendaftar, penting untuk kita faham mengapa platform ini sangat berharga untuk perniagaan anda. Berikut adalah sebab utama anda perlu bertindak sekarang:
1. Visibility Percuma
Apabila bakal pelanggan mencari produk atau perkhidmatan di kawasan mereka (contohnya: "kedai dobi berhampiran saya" atau "restoran di Batu Caves"), Google akan memaparkan profil perniagaan yang relevan. Ini bermakna perniagaan anda berpeluang untuk muncul di muka depan Google tanpa perlu membayar iklan.
2. Membina Kepercayaan Pelanggan
Profil perniagaan yang lengkap dengan alamat, waktu operasi, dan nombor telefon kelihatan jauh lebih profesional. Lebih penting lagi, pelanggan boleh membaca dan menulis review. Perniagaan dengan rating bintang yang tinggi (contohnya 4.5 bintang ke atas) lebih mudah memenangi hati dan kepercayaan pembeli baharu.
3. Memudahkan Pelanggan Menghubungi Anda
Hanya dengan satu klik sahaja, pelanggan boleh terus buka Google Maps untuk ke kedai anda, boleh terus menelefon nombor anda, atau melawat laman web anda. Segala-galanya di hujung jari mereka!
4. Mengetahui Insights Pelanggan
Platform ini menyediakan data yang sangat berguna. Anda boleh melihat berapa ramai orang yang mencari perniagaan anda, dari mana mereka datang, apa yang mereka cari dan cara mereka berinteraksi dengan listing perniagaan anda.
5. Berinteraksi Terus dengan Pelanggan
Anda boleh memuat naik gambar promosi, menu masakan, atau produk baharu. Anda juga boleh membalas review pelanggan, sama ada yang positif mahupun yang negatif, untuk menunjukkan bahawa anda menghargai maklum balas mereka.
☑️Cara Mendaftar Google Business Profile (step-by-step)
Proses pendaftarannya adalah 100% percuma dan mudah. Ikuti langkah-langkah ini:
➡️Langkah 1: Login ke Akaun Google
Pastikan anda sudah log masuk ke akaun Gmail yang anda ingin gunakan untuk menguruskan perniagaan ini. Disarankan menggunakan e-mel khusus untuk perniagaan agar tidak bercampur aduk dengan e-mel peribadi anda.
➡️Langkah 2: Buka Laman Web Google Business
Pergi ke link: https://google.com/business dan klik butang Start now.
➡️Langkah 3: Masukkan Nama Perniagaan Anda
Taipkan nama perniagaan anda. Jika ia belum wujud dalam pangkalan data Google, klik pada pilihan "Create a business with this name" dan klik "Continue".
➡️Langkah 4: Pilih Jenis Perniagaan (Business Type)
Pilih jenis perniagaan yang sesuai dengan perniagaan anda. Sama ada Online retail, Local store ataupun Service business.
➡️Langkah 5: Tambahkan Website (Jika Ada)
Jika anda sudah mempunyai website sendiri, masukkan nama domain perniagaan anda, jika tidak ada boleh klik pada "Skip".
➡️Langkah 6: Pilih Kategori Perniagaan (Business Type)
Pilih kategori yang paling tepat menggambarkan perniagaan anda (contohnya: Restoran, Kedai Runcit, Agensi Pemasaran). Ini akan membantu Google menunjukkan perniagaan anda kepada pelanggan yang mencari perkhidmatan tersebut.
➡️Langkah 7: Tambahkan Alamat
Jika anda mempunyai kedai, pejabat fizikal, atau premis yang boleh dikunjungi pelanggan, masukkan alamat penuh. Maklumat ini penting untuk membolehkan kedai anda muncul di Google Maps. Jika anda menjalankan perniagaan dari rumah atau servis bergerak (seperti tukang paip), anda boleh memilih kawasan liputan perkhidmatan anda.
➡️Langkah 8: Masukkan Nombor Telefon
Masukkan nombor telefon perniagaan anda. Ini memudahkan pelanggan untuk menghubungi atau mengetahui lebih lanjut mengenai perniagaan anda.
➡️Verify
Step ini adalah langkah paling penting. Google perlu memastikan bahawa perniagaan anda wujud dan anda adalah pemilik yang sah. Google akan memberikan beberapa pilihan pengesahan bergantung kepada jenis perniagaan anda:
- Menerusi panggilan telefon / SMS.
- Menerusi rakaman video premis perniagaan.
- Menerusi poskad yang mengandungi kod pengesahan (akan dihantar ke alamat fizikal anda dalam masa 14 hari).
Setelah akaun disahkan, pastikan anda mengemaskini profil dengan memuat naik gambar kedai/produk yang menarik, masukkan waktu operasi yang tepat, tulis description perniagaan dan memuat naik logo perniagaan anda.
Google Business Profile adalah alat pemasaran percuma dan menjadi satu keperluan penting bagi setiap usahawan dan pemilik perniagaan. Jangan lepaskan peluang untuk mendominasi pasaran di kawasan anda. Daftar profil perniagaan anda hari ini dan saksikan sendiri peningkatan trafik ke kedai anda!
- Artikel oleh : https://my-com.top/